Thursday 19 September 2013

Resepi Ayam Black Pepper With Rice Simple (Microwave)




Bahan :
 ayam ( dada atau whole peha-buang tulang)
2tbsp black pepper (tumbuk)
2tbsp oyster sauce
1 ulas bawang putih (tumbuk)
2biji bawang merah (tumbuk)
1/2inch halia (tumbuk)
fish sauce - ikut rasa (guna garam pun ok)
kicap sikit (ikut rasa & warna yang dikehendaki)
Nasi


Cara:
1. campur semua bahan, perap ayam dalan 10-15 mins
2. masukkan dalam pinggan, cover dengan cling film
3. masukkan dalam microwave, masak for about 5-10 high ( masa selalu ikut kuasa microwave).
4. hidang di dalam pinggan bersama nasi kosong

SIAP
.SELAMAT MENCUBA.
 

Resepi Chicken Taco


Hye, ni Resepi yang di request oleh Cik Ina kita. Nak buat Chicken Tako katanya.


Bahan-bahan: 
ayam potong dadu (isi je tau)
3 sudu besar taco seasoning (kalau nak buat sendiri, resepi sy ad sertakan di bawah ye)
1 bawang kuning (cincang)
1 bell pepper, dicincang (jalapeno jika ada)

1 biji tomato (potong dadu)
2 sudu teh minyak/mentega

Cara- cara:
1. Masukkan minyak di dalam kuali di atas api sederhana, setelah panas, masukkan bawang. Masak bawang hingga menjadi lembut. Masukkan bell pepper/jalapeno dan masak lebih kurang 3 minit.
2. Setelah itu, masukkan ayam dan masak hingga cecair di serap oleh ayam (masak sehingga kering). Masukkan taco seasoning. Masak lebih kurang seminit, angkat dan sedia untuk dimakan bersama tortilla. Anda boleh beli tortilla di pasaraya yang menjual makanan Mexican atau di Giant ye, atau boleh buat sendiri, resepi di bawah.

Cara Buat Taco Seasoning 

Bahan-bahan:
1 sudu besar serbuk cili
¼ sudu teh serbuk bawang putih
¼ sudu teh serbuk bawang merah
¼ sudu teh crushed red pepper flakes/ atau cayenne pepper.
¼ sudu teh dried oregano
½ sudu teh paprika
1 ½ sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam.

Cara Buat Tortilla Tepung

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum.
3 sudu besar minyak sayur atau shortening.
½ sudu teh garam.
2/3 cawan air suam


Cara-cara:

1. Di dalam food processor masukkan tepung, minyak atau shortening, dan garam. Process untuk beberapa saat. Kemudian, masukkan air suam dan process hingga doh kelihatan seperti bentuk bola. Anda leh lakukan process ini secara manual (guna mangkuk, spatula dan tangan), atau bread machine (pilih dough mode dan tunggu hingga acuan menjadi bentuk bola)
2. Keluarkan doh daripada food processor dan uli beberapa kali di atas kaunter yang sudah di tabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Masukkan doh di dalam mangkuk kecil dan tutup dengan aluminum foil/tuala. Rehatkan doh selama 30 minit di atas kaunter.
3. Uli doh beberapa kali dan bahagikan kepada 10 atau 12 bahagian (atau lebih jika anda mahu tortilla saiz kecil) bentukkan doh kepada bulatan dan tekan doh sedikit untuk meratakan permukaan doh.
4. Roll doh menggunakan dough roll. Jangan roll terlalu nipis kerana anda mahu tortilla lembut atau sedikit lembut dan tidak terlalu crunchy. Pastikan tortilla berbentuk bulat.
5. Panaskan kuali leper atau non-stick pan di atas api sederhana. Masukkan tortilla ke dalam kuali dan masak hingga kedua-dua bahagian permukaan tortilla menjadi sedikit golden brown (sekali lagi, jangan terlalu golden brown kerana anda tidak mahu tortilla menjadi crunchy). Ulang langkah untuk semua tortilla.
6. Setelah masak, rehatkan tortilla selama beberapa minit sebelum dihidangkan. Anda juga boleh simpan kepingan tortilla yang belum di masak di dalam peti sejuk.

Nota: Anda juga boleh gunakan daging ayam atau daging lembu yang tidak di cincang. Hanya sapukan taco seasoning di atas daging dan bakar di oven. Rehatkan daging lebih kurang lima belas minit sebelum dipotong dan dihidangkan. Beef taco boleh dimakan bersama lettuce, avocado, sour cream, bawang besar yang didadu kecil, potongan tomato atau salsa, dan shredded cheese.


.SELAMAT MENCUBA.


Wednesday 18 September 2013

Cara nak buat brownie-in-a-mug

Biasanya kita buat cake, jadi banyak kan. kalau kita duduk rumah sorang siapa nak makan. tak kan nak membazir kan. So, dekat sini saya nak share cara buat brownie in a mug. memang senang sangat tak payah nak guna mixer & telur bagai. Campur bahan2, letak dalam microwave, letak ice cream
SIAP


Bahan:
-1/4 cawan gula
-1/4 cawan tepung
-2 sudu besar serbuk koko
-secubit garam
-2 sudu besar minyak zaitun (nak letak minyak masak pun boleh)
-3 sudu besar air mineral
-1 scoop ice iceam (flavour kegemaran) biasa saya letak vanilla flavour

Cara:
-Masukkan kesemua bahan kering
-letak air mineral & minyak
-kacau sehingga sebati
-letak dalam microwave selama 1 min 40 saat
-keluarkan brownie dari microwave. sejukkan
-letak ice-cream di atas brownie (kalau nak letak chocolate rice atau buah-buahan dekat atas pun sedap)

TARAAAAAAA.. SIAP


.SELAMAT MENCUBA.

Resepi Moist Chocolate Cake (kukus)

Resepi ni senang & cepat nak buat

  
Bahan A
1 cwn gula pasir

1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (saya cuma guna 1/2 cwn susu pekat)
1 cwn minyak masak


Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder (guna sudu kecik KFC)
* ayak bahan B sebanyak 3 kali


Bahan
4 biji telur Gred B - blend higga kembang/ berbuih


Cara2
1. Satukan semua Bahan A dlm periuk. Masak atas api perlahan. Kena kacau selalu. Masak sampai semua larut & sebati. Bila dh mendidih sikit, bleh la tutup api. Ketepikan & biarkn sejuk
Masak Bahan A atas api perlahan
2. Panaskn periuk kukusan
3. Masukkn Bahan B & Bahan C ke dalam Bahan A scara berselang-seli. Kacau sebati setiap kali bahan dimasukkn. Tapiskan adunan jika nampak berketul2. Masa buat ni sye tapis adunan tu. Tekstur kek pn jd cantik. Adunan mmg agak cair
Masukkn tepung. Kacau sebati
Masukkn telur. Kacau sebati lagi.
Buat selang-seli hgga telur & tepung abis
dimasukkn dlm mangkuk adunan coklat
4. Masukkn adunan ke dlam loyang yg telah digris ngn mentega/marjerin & telah dipanaskn terlebih dahulu. Tutup loyang ngn aluminium foil. Klau xde aluminium foil, penutup kukusan kena la balut ngn kain bersih supaya air x menitik atas kek semasa proses mengukus. Kukus selama 1 jam
5. Bila kek dh masak, bleh la angkat 


Topping
Coklat masakan + susu cair + butter ckit. Masak atas api kecik hgga sebati. Biar agak sejuk baru tuang atas kek

ataupun
1 cwn serbuk koko + 1 cwn susu pekat manis + 1-2 sudu teh serbuk nescafe 3 in 1 + 1/4 cwn minyak + 1/4 cwn susu cair- masukkn semua skali dlm periuk & masak atas api perlahan hgga semua sebati. Pastu rasa sndri, apa2 yg kurang bleh tambahkn.. adjust ikut suka


.SELAMAT MENCUBA.

Resepi Chicken Chop Mudah


Bahan2 Untuk Ayam:
-3 keping Dada ayam/peha tanpa tulang..
-garam
-sedikit lada hitam
-sedikit serbuk kari (apa2 pun boleh)
-bread crumb
-telur
-tepung serbaguna/tepung ayam goreng

Cara2:
-Perap sebentar ayam bersama garam dan lada hitam

-Panaskn minyk,celur ayam dlm tepung dan ratakan kemudian celur dlm telur last skali dlm bread crumb dan rataka (goreng mngunakan api sederhana shingga ayam keperangan)

Sos/Gravy:
-2 cawan stok ayam@daging (air+kiub ayam)
-1/2 cawan susu segar
-serbuk lada hitam
-2cm btg salery (cincang)
-1/2 biji bwg besar (cincang)
-2 sudu besar kicap manis (bergantung kehitaman yg dkehendaki)
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/ marjerin
1/2 tin cendawan butang (dhiris. xde pon xpe tp kalu letk lg sedap)
2 sudu besar tpg gandum (bancuh ngan air)
garam dan gula (jika perlu)

Cara2:
-panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery

-didihkan then tapis. buang bwg n juga salery. 
-didihkan smula.
-masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang (garam dan gula jika perlu)
-last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki


boleh mkn bersama weges,salad
.SELAMAT MENCUBA.

Monday 16 September 2013

Resepi Ikea Meatball

Siapa yang pernah pergi Ikea mesti tahukan bertapa famousnya Ikea Meatball
sedap kan!

Ni saya nak share resepi untuk ikea meatball :)
MEMANG MENJILAT JARI


Bahan Meatball :
Meatball (jenama Ramly )
2 Sudu Butter
Sedikit Minyak Masak

Untuk grill meatball - Panaskan dua sudu besar butter dan sedikit minyak masak (saya guna kuali non-stick). Grill meatball hingga masak. Kecilkan api, masukkan 2 sudu besar air dan tutup kuali sebentar sehingga air kering. (tips supaya meatball juicy) kemudian angkat. ( jangan masak terlalu lama, meatball akan keras)

Bahan Sos :
1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu
1/2 batang saderi - potong dadu
2 cawan air
1/4 sudu tin susu cair
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung jagung - bancuh air sedikit
1 ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok ayam)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki
1 sudu besar serbuk lada hitam

Cara-cara:
 
Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih. Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi.

Masukkan semua bahan lain kecuali tepung jagung. Biarkan mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sos pekat. Letakkan sedikit gula secukup rasa (garam tak perlu sbb dah masin). Matikan api.

Bahan sampingan
Lobak Merah ( rebus seketika )
Brokoli ( rebus seketika )
Potato Wadges 


.Selamat Mencuba.