Thursday 19 September 2013

Resepi Chicken Taco


Hye, ni Resepi yang di request oleh Cik Ina kita. Nak buat Chicken Tako katanya.


Bahan-bahan: 
ayam potong dadu (isi je tau)
3 sudu besar taco seasoning (kalau nak buat sendiri, resepi sy ad sertakan di bawah ye)
1 bawang kuning (cincang)
1 bell pepper, dicincang (jalapeno jika ada)

1 biji tomato (potong dadu)
2 sudu teh minyak/mentega

Cara- cara:
1. Masukkan minyak di dalam kuali di atas api sederhana, setelah panas, masukkan bawang. Masak bawang hingga menjadi lembut. Masukkan bell pepper/jalapeno dan masak lebih kurang 3 minit.
2. Setelah itu, masukkan ayam dan masak hingga cecair di serap oleh ayam (masak sehingga kering). Masukkan taco seasoning. Masak lebih kurang seminit, angkat dan sedia untuk dimakan bersama tortilla. Anda boleh beli tortilla di pasaraya yang menjual makanan Mexican atau di Giant ye, atau boleh buat sendiri, resepi di bawah.

Cara Buat Taco Seasoning 

Bahan-bahan:
1 sudu besar serbuk cili
¼ sudu teh serbuk bawang putih
¼ sudu teh serbuk bawang merah
¼ sudu teh crushed red pepper flakes/ atau cayenne pepper.
¼ sudu teh dried oregano
½ sudu teh paprika
1 ½ sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam.

Cara Buat Tortilla Tepung

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum.
3 sudu besar minyak sayur atau shortening.
½ sudu teh garam.
2/3 cawan air suam


Cara-cara:

1. Di dalam food processor masukkan tepung, minyak atau shortening, dan garam. Process untuk beberapa saat. Kemudian, masukkan air suam dan process hingga doh kelihatan seperti bentuk bola. Anda leh lakukan process ini secara manual (guna mangkuk, spatula dan tangan), atau bread machine (pilih dough mode dan tunggu hingga acuan menjadi bentuk bola)
2. Keluarkan doh daripada food processor dan uli beberapa kali di atas kaunter yang sudah di tabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Masukkan doh di dalam mangkuk kecil dan tutup dengan aluminum foil/tuala. Rehatkan doh selama 30 minit di atas kaunter.
3. Uli doh beberapa kali dan bahagikan kepada 10 atau 12 bahagian (atau lebih jika anda mahu tortilla saiz kecil) bentukkan doh kepada bulatan dan tekan doh sedikit untuk meratakan permukaan doh.
4. Roll doh menggunakan dough roll. Jangan roll terlalu nipis kerana anda mahu tortilla lembut atau sedikit lembut dan tidak terlalu crunchy. Pastikan tortilla berbentuk bulat.
5. Panaskan kuali leper atau non-stick pan di atas api sederhana. Masukkan tortilla ke dalam kuali dan masak hingga kedua-dua bahagian permukaan tortilla menjadi sedikit golden brown (sekali lagi, jangan terlalu golden brown kerana anda tidak mahu tortilla menjadi crunchy). Ulang langkah untuk semua tortilla.
6. Setelah masak, rehatkan tortilla selama beberapa minit sebelum dihidangkan. Anda juga boleh simpan kepingan tortilla yang belum di masak di dalam peti sejuk.

Nota: Anda juga boleh gunakan daging ayam atau daging lembu yang tidak di cincang. Hanya sapukan taco seasoning di atas daging dan bakar di oven. Rehatkan daging lebih kurang lima belas minit sebelum dipotong dan dihidangkan. Beef taco boleh dimakan bersama lettuce, avocado, sour cream, bawang besar yang didadu kecil, potongan tomato atau salsa, dan shredded cheese.


.SELAMAT MENCUBA.


No comments:

Post a Comment